7:21 AM DRS. KHALIL IDHAM LIM
14 Zulhijjah 1432H. [MOD] -
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom hari ini menjelaskan bahawa kenyataan daripada Twitter Datuk Seri Najib Razak pada Ahad lalu yang beliau selesai menunaikan ibadah haji sedangkan masih ada rukun haji yang belum dilaksanakan ketika itu, telah disalah tafsir.
Beliau menolak sebarang andaian kononnya perdana menteri dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor serta beberapa kenamaan lain tidak selesai mengerjakan ibadah haji.
Sebaliknya, kata beliau, sebagai tetamu diraja kerajaan Arab Saudi, perdana menteri serta jemputan yang lain dapat menjalankan ibadah dengan baik.
Jamil memberitahu pemberita demikian sejurus tiba dari Tanah Suci di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) hari ini.
Menurutnya, perdana menteri dan rombongan telah mendapat kawalan yang baik dan teratur bagi menyempurnakan semua ibadah semasa mengerjakan haji.
"Yang dimaksudkan (dalam Twitter perdana menteri), bukan selesai ibadat haji (tetapi) selesai wukuf. Wukuf ini dari Zohor 9 Zulhijjah sehingga Maghrib hari yang sama. Jadi yang dimaksudkan selesai itu, selesai wukuf.
"PM selesai (menunaikan ibadah haji). Haji ialah kita mesti pergi di Arafah. Kalau kita tidak berada di Arafah, maka tiadalah haji itu.
"Jadi pada petang itu mungkin...barangkali soalan itu ditanya petang itu...selesai itu, selesai arafah. Haji itu belum selesai lagi.
"Kita masih ada untuk nak melontar selama tiga hari pada hari-hari Tasyrik. Jadi ini yang mungkin disilap faham," kata beliau
7:25 AM DRS. KHALIL IDHAM LIM
14 Zulhijjah 1432H. [MOD] -
Spekulasi bahawa Dewan Rakyat akan dibubarkan hari ini, semakin kuat apabila sebuah akhbar harian berbahasa Cina melaporkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan berjumpa dengan semua bekas ahli parlimen BN yang telah bersara kelmarin.
Menurut Kwong Wah Yit Poh, yang tidak memetik mana-mana sumber, berkata Najib telah memanggil semua ahli parlimen BN yang telah bersara untuk mesyuarat hari ini berkaitan dengan pilihan raya umum ke-13.
"Adalah difahamkan bahawa BN telah menyediakan poster dan risalah kempennya. Kebanyakan bahan-bahan kempen yang dicetak di China dan dihantar ke Malaysia di dalam kontena," kata laporan itu.
Untuk meningkatkan sokongan untuk BN, kata laporan itu, Najib tidak lama lagi akan membuat pengumuman, termasuk pengiktirafan kelayakan akademik dari Taiwan, yang merupakan satu tuntutan sudah lama masyarakat Cina kerana banyak graduan sekolah menengah Cina melanjutkan pengajian mereka ke sana.
Menurut jadual rasminya, Najib, yang pulang dari Makkah semalam selepas mengerja ibadat haji, akan menghadiri satu majlis di Kuala Lumpur petang ini untuk dikemaskinikan mengenai kemajuan projek Program Transformasi Ekonomi.
Dengan pentadbiran kerajaan semasa memasuki tahun keempat dan kelembapan ekonomi global yang diselubungi risiko, maka spekulasi yang Najib akan memanggil pilihan raya mengejut bagi mendapatkan mandat baru, bertiup kencang sejak awal tahun ini.
Beberapa laporan media telah membuat spekulasi bahawa Parlimen akan dibubarkan esok, dengan angka "11" disebut-sebut sebagai "nombor bertuah" pilihan Najib, dan 10 Disember mungkin menjadi hari pengundian. MK/
7:48 AM DRS. KHALIL IDHAM LIM
14 Zulhijjah 1432H. [MOD] -
KUALA LUMPUR, 10 Nov:Kerajaan Negeri Kelantan hari ini menyerahkan 'Amanat Tun Abdul Razak' kepada Perdana Menteri berhubung hak negeri itu mendapat bayaran 5 peratus royalti petroleum.
Penyerahan itu dibuat Pengerusi Jawatankuasa Tuntutan Royalti Petroleum Kelantan, Datuk Husam Musa kepada wakil perdana menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz di parlimen hari ini.
Turut serta dalam rombongan menyerahkan amanat itu, lebih 30 orang terdiri daripada Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun), ahli-ahli parlimen Kelantan, serta wakil Gerakan Bertindak Kembalikan Royalti Rakyat (GEGAR) dan Jawatankuasa Anak-anak Kelantan Perantauan Tuntut Royalti (ROYALTI).
Mereka masing-masing membawa poster amanat tersebut termasuk Penasihat DAP, Lim Kit Siang.
'Amanat' itu merupakan jawapan Tun Abdul Razak selaku perdana menteri terhadap pertanyaan Lim Kit Siang di dewan rakyat pada tanggal 12 November 1975 yang berbunyi;
"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap negeri akan menerima 5% daripada nilai petroleum yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan (onshore) atau di luar perairan (offshore) negeri tersebut, yang dijadual oleh PETRONAS ataupun agensi-agensi ataupun kontraktor-kontarktornya,".
Menurut Husam yang juga exco negeri Kelantan, penyerahan itu dibuat sempena merayakan ulang tahun ke-36 ucapan bekas perdana menteri ke-2 itu.
Ianya juga sebagai penerusan tuntutan kerajaan negeri kepada pusat, agar membayar wang 5 peratus yang sekian lama dinafikan itu.
"Kami berharap dengan pulangnya haji Datuk Seri (Najib Razak) Perdana Menteri, hati beliau terbuka untuk bayar balik royalti, kerana ini adalah pesanan Tun Razak, ayahanda beliau," kata Husam pada sidang media bersama Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim di lobi parlimen selepas itu.
Selain amanat Tun Razak itu, satu surat mengandungi bukti jawapan menteri di Dewan Negara juga turut diserahkan kepada perdana menteri.
Ianya termasuk jawapan menteri tidak berpotfolio, Tan Sri Chon Hon Nyan terhadap soalan Senator Raja Nong Chik Raja Ishak pada 7 Januari 1977.
Jawapan tersebut antara lain berbunyi;
"Dalam Gerakan mencarigali minyak ini di dalam kawasan Continental Shelf, hak itu sudahpun diberikan kepada PETRONAS dan PETRONAS sudahpun mengadakan perjanjian dengan negeri-negeri yang berdekatan dengan dasar laut itu, sebagaimana saya katakan tadi supaya royalti 10% itu dibahagi kepada dua pihak".
Satu lagi bukti adalah jawapan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Kasitah Gaddam pada 4 April 1989 terhadap soalan Senator Tuan Hassan Harun yang berbunyi;
"Sekiranya minyak diperolehi di kawasan berhadapan dengan negeri Kelantan, maka Kerajaan Negeri Kelantan akan menerima hasil royalti sebanyak 5% daripada minyak dan gas yang dikeluarkan sebagaimana yang diterima oleh negeri Terengganu, Sabah dan Sarawak".
Telaga Bumi dan Suria
Selain itu, Kelantan juga menuntut pengeluaran gas di Telaga Bumi dan Telaga Suria di kawasan bertindih dengan Terengganu yang beroperasi April lalu juga didaratkan di negeri itu.
Setakat kini katanya, Petronas pada 24 September lalu telah membuat pengumuman akan mendaratkan gas tersebut di Kerteh iaitu sepanjang 2000 kilometer pipeline di lautan.
"Kami sangat berharap gas ini dapat didaratkan di Kelantan.
"Kelantan telah menyediakan satu zon petroleum industri di Bachok seluas 2000 ekar dan saya telah menulis surat kepada presiden Petronas supaya isu pendaratan gas daripada Bumi dan Suria ini dilakukan di Kelantan," kata Husam.
Harakahdaily/-
11 NOVEMBER 2011
Saya pengundi kawasan Lembah Pantai. Dalam pilihan raya umum 2008, saya dan isteri mengundi calon yang saya belum dengar cerita bukan-bukan mengenainya. Setakat dakwaan yang tidak dapat dibuktikan, saya tidak ada alasan untuk mempercayainya.
AlhamduliLlah, dia menang. Sama ada dia akan menjadi pemimpin yang baik atau tidak, itu di luar kebolehan saya untuk meramalkannya. Setakat ini saya tak dengar cerita dia melantak rasuah atau terlibat dalam skandal. AlhamduliLlah!
Hari ini, dia mendedahkan bilangan pengundi pos di kawasan Parlimen Lembah Pantai naik 1,363 peratus dalam tempoh dua bulan. Jumlah itu hanya 149 orang pada 26 September tahun ini tetapi naik kepada 2,180 pada 2 November.
Lebih buruk lagi, kata Nurul Izzah Anwar, semakan dengan Suruhanjaya Pilihan Raya mendedahkan bahawa 457 pengundi pos ini adalah dari Kampung Bohol di Bukit Jalil yang berada di luar kawasan Lembah Pantai.
"Terdapat 2,180 anggota polis yang merupakan pengundi pos, dan ini tidak termasuk isteri-isteri mereka. Majoriti kemenangan PKR di Lembah Pantai pada pilihan raya umum yang lalu adalah 2,895 undi".
Saya dah lama dengar andaian bahawa bangkai akan menang di Lembah Pantai. Nurul Izzah akan dipastikan kalah. Segala usaha telah dilakukan ke arah kemenangan bangkai di Lembah Pantai.
Orang kata, tak mungkin lagi Menteri Pembangunan Wanita, Datuk Shahrizat Abdul Jalil akan menjadi calon Barisan Nasional (BN) di Lembah Pantai. Apabila keluarganya dikaitkan dengan pelbagai cerita buruk mengenai National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC), peluang Ketua Wanita Umno itu bagaikan terkubur. Orang meramalkan bangkai yang menggadai warisan Melayu di Kampung Baru akan jadi calon.
Saya memang tak boleh tengok muka bangkai itu. Bukan sebab Allah s.w.t. tak pandai buat muka dia. Apa yang Allah cipta dah elok dah. Tetapi oleh sebab dia bangkai, saya jijik sungguh melihat mukanya. Amat jijik. Pada saya, bangkai itu lebih jijik dari taik babi.
Sebagai pengundi Lembah Pantai, amat malang sungguh saya rasa jika bangkai menang di Lembah Pantai. Tanpa mengaitkan dengan cerita bangkai akan menang di Lembah Pantai dan untuk tujuan rekod sahaja, Menteri Wilayah Persekutuan Dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin menjadi ketua Umno bahagian Lembah Pantai.
Selangor hari ini mendahului kerajaan persekutuan dalam melaksanakan dasar gaji minimum, dengan janji untuk membayar RM1,500 sebagi gaji permulaan di syarikat-syarikat milik kerajaan negeri mulai tahun depan.
Pengumuman itu dibuat oleh Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ketika membentangkan bajet negeri untuk tahun depan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor.
Menurut Khalid, kakitangan syarikat-syarikat milik kerajaan negeri yang status kewangan mereka stabil akan menerima faedah daripada dasar itu sebelum ia diperluaskan kepada syarikat lain.
Antara syarikat itu termasuk Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS), Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) dan Worldwide Holdings Bhd.
Bagi syarikat-syarikat yang mempunyai status kewangan yang tidak stabil, Abdul Khalid berkata kerajaan negeri akan menyediakan peruntukan dana RM10 juta supaya kenaikan gaji dapat dilaksanakan.
Sebagi kontras, kerajaan persekutuan belum mampu melaksanakan dasar gaji minimum, yang menurut kesatuan dan Pakatan Rakyat, adalah tuntutan yang perlu dilakukan bagi menangani masalah kemiskinan.
Kumpulan pemantau hak asasi manusia antarabangsa mahu polis membatalkan pengharaman yang dikuatkuasakan ke atas majlis anjuran Seksualiti Merdeka buat kali keempat.
Sehubungan itu, kumpulan Human Rights Watch yang berpangkalan di New York dalam sepucuk surat kepada Datuk Seri Najib Abdul Razak mahu perdana menteri Malaysia mengambil langkah-langkah melindungi semua rakyat daripada sebarang bentuk diskriminasi.
Menurut kumpulan itu, pihak berkuasa telah gagal memberikan apa-apa dalil bagi mewajarkan pengharaman itu.
Seksualiti Merdeka telah diadakan di negara ini sejak tahun 2008 tanpa sebarang kejadian atau gangguan daripada pihak berkuasa. Tahun ini acara yang sama dijadualkan berlangsung di Kuala Lumpur mulai hari ini hingga Ahad.
Antara program yang dimuatkan itu, termasuk ceramah, bengkel, acara-acara sastera, pementasan teater dan pameran seni yang memberi tumpuan pada "hak asasi rakyat pelbagai orientasi seksual dan identiti jantina."
Pihak polis pada 3 November lalu mengharamkan semua aktiviti anjuran Seksualiti Merdeka, atas alasan bahawa ia akan mendatangkan "ancaman kepada ketenteraman awam".
Bagi pengarah advokasi lesbian, gay, biseksual, dan transgender (LGBT) di Human Rights Watch, Boris Dittrich, pengharaman Seksualiti Merdeka terang-terangan bercanggah dengan konsep 1Malaysia Najib untuk menggalakkan perpaduan dalam kepelbagaian kaum di Malaysia.
Dalam suratnya itu, Dittrich berkata diskriminasi dan agenda homophobic berterusan dalam kerajaan.
"Perdana Menteri perlu segera membalikkan segala keputusan yang tidak berasas ini bagi mengurangkan kemudaratan ke atas Malaysia."
Menurut penganjur Seksualiti Merdeka, mereka sedih dan terkilan bahawa ramai orang, termasuk wakil rakyat di negara ini, memilih untuk terus menganiaya, mencaci, bersangka buruk dan mendiskriminasi semua orang yang telah mewujudkan ruang yang aman untuk berkongsi maklumat dan berdialog tentang hak asasi manusia .
Human Rights Watch berkata kerajaan seharusnya menjalankan siasatan penuh berhubung ancaman dan ugutan yang dikeluarkan terhadap kumpulan itu dan menghukum mereka yang bertanggungjawab
Penggunaan perkataan 'Islam' dalam nama Pertubuhan Bukan Kerajaan, Sisters In Islam (SIS), perlu ditarik balik berikutan dakwaan sokongan terhadap program Seksualiti Merdeka 2011.
Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata, akibat sokongan itu, pihak berkuasa khususnya pendaftar pertubuhan perlu mengambil tindakan menarik balik penggunaan perkataan Islam itu.
Menurutnya, tindakan SIS yang didakwa menyokong program berkenaan adalah amat dikesalkan kerana tidak selari dengan nama Islam yang dibawa pertubuhan itu.
"Saya dapati SIS ini sering mengelirukan orang ramai, termasuklahsokongan terhadap program Seksualiti Merdeka ini.
"Perkara ini mudah sahaja. Kalau sudah haram, maka haramlah ia. Tidak perlu hendak dipertikai atau dibincangkan lagi.
"Saya harap pihak pendaftar akan tarik balik penggunaan perkataan Islam itu. Gunalah nama Sisters In apa sekalipun, asalkan bukan Islam," katanya.
Pada masa sama, Mohd Ali turut menasihatkan masyarakat supaya tidak melibatkan diri atau menyokong sebarang aktiviti berkaitan program berkenaan.
Menurutnya, tindakan segera perlu diambil bagi menangani gejala homoseksual dan lesbian supaya ianya tidak berleluasa di negara ini.
"Mana ada agama dalam dunia yang benarkan lelaki berkahwin dengan lelaki dan wanita dengan wanita?
"Kalau dibiarkan, negara kita akan menjadi seperti negara Eropah, di mana perkara ini berleluasa. Kalau kita benarkan satu, lambat-laun ia akan semakin merebak," katanya.
Pakatan Rakyat hari ini mendakwa kira-kira RM1.4 bilion daripada Bajet Wang Luar Jangka atau peruntukan kecemasan Perbendaharaan Negara telah lesap.
Dana itu dbekalkan mengikut Perkara 103 Perlembagaan Persekutuan, bagi peruntukan tambahan RM1.5 bilion, kata Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Menurut beliau, peruntukan itu dinyatakan dalam anggaran Laporan Perbelanjaan Persekutuan 2012 yang dibentangkan bersama-sama dengan Bajet 2012.
Perkara 103 menyatakan: "Parlimen boleh melalui undang-undang membuat peruntukan bagi mewujudkan suatu Kumpulan Wang Luar Jangka dan memberi kuasa Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi kewangan, jika berpuas hati bahawa telah timbul keperluan perbelanjaan yang mendesak dan di luar jangkaan yang baginya tiada peruntukan lain wujud, untuk membuat pendahuluan daripada Kumpulan Wang Luar Jangka itu untuk memenuhi keperluan itu.
“Jika apa-apa pendahuluan dibuat mengikut Fasal (1), suatu anggaran tambahan hendaklah dikemukakan dan suatu Rang Undang-Undang Perbekalan dibawa dengan seberapa segera yang mungkin bagi maksud menggantikan amaun yang didahulukan itu.”
Anwar pada sidang akhbar di lobi Parlimen hari ini berkata: "Walau bagaimanapun, Laporan Ketua Audit Negara 2010 menyatakan bahawa hanya terdapat baki RM79.147 juta daripada dana negara itu.
"Ke mana perginya wang itu? Lebih serius lagi, di mana RM1.4 bilion telah lesap? Saya tidak fikir Jabatan Audit (membuat kesilapan), mereka lebih teliti apabila membabitkan perakaunan."
Bagi Anwar, kelewatan 17 hari Laporan Ketua Audit Negara, tahun ini dibentangkan mungkin ada kaitan dengan perkara berkenaan.
Seperti yang dijangka, Tan Sri Isa Samad yang ditentang perlantikkannya dahulu sebagai Pengerusi Felda oleh pembangkang, kini mula menunjukkan taringnya. Orang yang biasa main duit, beginilah agaknya perangai seseorang. Paling menyedihkan, seakan berlaku rampasan kuasa ketika penyandangnya masih di Mekah. Tak tahulah apa lagi nak dikata. UMNO yang suka orang macam ni. Sendiri buat sendiri tanggung la.
TEMERLOH – Ahli-Ahli Koperasi Permodalan Felda (KPF) dan wakil peneroka membuat laporan polis terhadap Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd Isa Samad, di sini, kelmarin.
Laporan tersebut dibuat bagi meminta siasatan dakwaan bahawa Mohd Isa telah menyalahgunak an kuasa sert a ‘merampas’ jawatan Penge rusi Permodal an Felda Berhad daripada pemegang jawatannya, Datuk Dzulkifli Wahab, secara tidak sah ketika Dzulkifli berad a di tanah suci Mekah.

Mereka ditemani peguam Suhaimi Said yang juga Pengerusi Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal, Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pusat.
Suhaimi berkata, ketika ketiadaan Dzulkifli yang juga Pengarah Besar Felda, Mohd Isa mengadakan Mesyuarat Lembaga Pengarah KPF pada 25 Ogos 2011 dan berbekalkan surat daripada Perdana Menteri, Mohd Isa melantik dirinya sendiri sebagai Pengerusi KPF.
“Ini bertentangan dengan Undang-Undang di bawah Akta Koperasi 1993 (Pindaan 2007) Akta 502, dan menyalahgunakan kuasa kerana mengangkat dirinya sendiri sebagai Pengerusi baru kepada KPF, mengambil alih jawatan yang disandang Dzulkifli ketika beliau menunaikan Umrah di Mekah.
“KPF ditubuhkan pada 1hb Julai 1980 di bawah Ordinan Koperasi 1948 bertujuan menjadikan KPF sebagai wadah simpanan dan pelaburan anggota Felda.
“Penubuhan KPF ini memberi peluang secara adil kepada warga Felda untuk turut serta memiliki ekuiti dalam syarikat Felda melalui KPF, juga adalah wawasan dan prihatin Felda untuk kemajuan warganya,” katanya.
Suhaimi berkata, Mohd Isa tidak layak memegang jawatan selaku Pengerusi KPF kerana beliau tidak layak menjadi ahli kepada KPF yang membuka keahlian hanya kepada peneroka Felda, anak peneroka atau kakitangan tetap Felda.
Menurutnya, kedudukan Mohd Isa hanyalah bertaraf kontrak justeru pelantikan beliau sebagai Pengerusi KPF adalah bertentangan dengan undang-undang koperasi dan menyalahguna kuasa.
“KPF adalah salah sebuah daripada 10 koperasi cemerlang yang berjaya memberikan dividen tinggi atas kadar 15 peratus setahun dan ini membuktikan bahawa KPF dikelolakan dan diselenggarakan dengan baik oleh Dzulkifli dan Ahli Lembaga Pengarahnya.
“Pengambilalihan jawatan Pengerusi dengan cara yang bertentangan dengan undang-undang koperasi ini adalah pengkhianatan kepada KPF dan laporan dibuat supaya Mohd Isa disiasat kerana melanggar undang-undang dan menyalahgunakan kuasa,” ujarnya.
Suhaimi berkata, laporan sama dibuat serentak di balai polis utama di Johor, Negeri Sembilan, Pahang, Selangor dan Perak.
Sementara itu, Mohd Isa ketika dihubungi Sinar Harian bersikap terbuka terhadap laporan polis yang dibuat ke atas beliau.
Menurut beliau, ahli-ahli koperasi itu ada hak untuk buat laporan polis.
“Itu hak mereka dan saya bersikap terbuka kerana negara ini ada undang-undang,” katanya kepada Sinar Harian.
Orang Melayu Islam di negara ini mestilah mendokong kerajaan yang berlandaskan Islam kerana politik tidak boleh dipisahkan dari agama.
Menurut Mursyidul Am PAS Dato' Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, kerja menegakkan Islam, bukan suatu kerja main-main.
"kerja ini bukan kerja main-main, kerja ni kerja tuntutan daripada Allah,
"Allah memerintahkan manusia jalankan keadilan,"ujarnya pada sidang media, selepas merasmikan Himpunan Kebangkitan Rakyat-PAS Ganti Umno (PGU100K) di pantai Pandak Chendering dekat sini, Sabtu 15 Oktober.
Katanya, al-Quran yang ditinggalkan oleh Nabi Muhammad sejak 1400 tahun lalu, merupakan pegangan bukan hanya kepada orang Melayu tetapi kepada seluruh manusia.
Beliau yang juga Menteri Besar kerajaan negeri Kelantan Darul Naim berkata, kerajaan yang memerintah mampu melaksanakan Islam.
Menurutnya, Nabi Muhammad bukan sahaja mernjadi Perdana Menteri ketika memerintah Madinah, menolak dakwaan Umno yang memisahkan politik dariapad agama.
"Oleh kerana nabi Muhammad (telah) meninggal ribu-ribu tahun dulu, yang tinggal al-Quran, al-Quran menjadi pegangan hidup manusia, bukan sahaja hidup Melayu,
"Nabi Muhammad SAW menjadi Perdana Menteri waktu sampai ke Madinah. Umno kata agama lain politik lain, cuba tanya Umno, siapa yang memegang kerajaan di Madinah,"soal beliau.
Justeru, kata beliau, kerajaan yang memngambil bukan Ilsam sebagai dasar, yang mengambil dasar kebangsaan sebagai dasar pemerintahan, bukan dari ajaran Nabi Muhammad SAW.-
BulletinOnLine